Terma Dan Syarat
1. Pengenalan
Selamat datang ke laman web wetimetravel.com (“laman web”). Laman ini diuruskan oleh Wetime Travel & Tours Sdn. Bhd. (“kami”). Dengan mengakses dan menggunakan laman web ini, anda dianggap telah bersetuju dengan terma dan syarat berikut. Sila baca dengan teliti sebelum menggunakan laman web ini.
2. Perkhidmatan Kami
Kami menyediakan perkhidmatan untuk :
-
Pakej Umrah.
-
Pelancongan luar negara.
-
Pelancongan dalam negara.
-
Perkhidmatan tiket penerbangan, taman tema dan lain-lain.
-
Perkhidmatan kereta dengan pemandu.
3. Penggunaan Laman Web
-
Menyalahgunakan laman web ini, termasuk dengan cara cuba mengakses data tanpa kebenaran.
-
Menggunakan laman web ini untuk tujuan penipuan.
4. Borang Tempahan dan Respons Kami
-
4.1. Sebarang tempahan melalui borang di laman web ini adalah permintaan awal sahaja. Pihak kami akan menghubungi anda untuk mengesahkan tempahan atau memberi maklumat lanjut.
4.2. Tempahan dianggap sah hanya selepas deposit diterima dan disahkan oleh pihak kami.
5. Dasar Pembatalan dan Bayaran Balik
-
5.1. Semua dasar pembatalan dan bayaran balik adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni, dan Budaya Malaysia (MOTAC) seperti berikut:
-
Pelanggan yang ingin membatalkan tempahan hendaklah mengemukakan notis bertulis kepada pihak syarikat sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh perkhidmatan untuk melayakkan pemulangan deposit, tertakluk kepada caj pengurusan.
-
Pembatalan yang dilakukan kurang daripada 30 hari sebelum tarikh perkhidmatan mungkin dikenakan caj pembatalan penuh atau sebahagian, bergantung kepada kos yang telah ditanggung oleh syarikat.
-
Sebarang permintaan untuk pemulangan wang akibat pembatalan akan diproses dalam tempoh maksimum 14 hari bekerja selepas notis pembatalan diterima.
5.2. Deposit yang telah dibayar mungkin tidak dapat dikembalikan sepenuhnya bergantung kepada terma spesifik pakej. Sila rujuk maklumat lengkap yang diberikan semasa pengesahan tempahan.
6. Polisi Privasi
-
6.1. Kami mengumpulkan maklumat peribadi anda melalui borang yang diisi di laman web ini.
6.2. Semua maklumat peribadi yang diberikan adalah sulit dan hanya akan digunakan untuk tujuan memproses tempahan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda.
7. Hak Milik Kandungan
-
7.1. Semua kandungan di laman web ini, termasuk teks, imej, logo, dan reka bentuk, adalah hak milik Wetime Travel & Tours Sdn. Bhd. dan dilindungi oleh undang-undang hak cipta.
7.2. Anda tidak dibenarkan menyalin, memuat turun, atau menggunakan mana-mana kandungan laman web ini tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.
8. Penafian
-
8.1. Kami berusaha memastikan semua maklumat di laman web ini adalah tepat dan terkini. Namun, kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kekurangan maklumat.
8.2. Laman web ini mungkin mengandungi pautan ke laman pihak ketiga. Kami tidak bertanggungjawab atas kandungan laman tersebut.
10. Hubungi Kami
-
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai terma dan syarat ini, sila hubungi kami melalui:
-
E-mel: info@wetimegroup.com
-
Telefon: 03-89267070
Dengan menggunakan laman web ini, anda dianggap telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dinyatakan di atas.